Monday, April 6, 2009

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

Pendahuluan
Permasalahan an- Nafs mengambil tempat yang begitu penting di dalam ilmu falsafah dan dikalangan ahlinya. Ia telah dibahas sejak zaman Greek lagi oleh ahli Falsafah seperti Aflatun dan Aristotle yang amat di kagumi sehingga kini. Ia merupakan satu cabang dari perbahasan ilmu falsafah dan kedatangan Ibnu Sina telah menjadikan ilmu ini berdiri sendiri serta dikenali engan ilmu psikologi.

Walau bagaimanapun, ahli Salaf menegah dan tidak menta’wilkan ayat- ayat mengenai jiwa atau ruh yang berhubungan dengan tabiat nafs insan secara mendalam berdasarkan di dalamnya terdapat suatu rahsia yang tak mungkin boleh disingkap oleh akal manusia secara hakiki.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang. Katakanlah : “ Roh itu termasuk urusan Tuhan- Ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit ” .
Jiwa atau an- Nafs adalah inti kepada kehidupan kerana hidup amat memerlukan kepada jiwa. Tidak ada hidup tanpa jiwa, tetapi jiwa boleh berdiri sendiri bahkan akan kekal walaupun jasad telah terkubur. Jiwa jugalah tempat tumbuhnya kebahagiaan sebagaimana kata Ibnu Sina: “ Bahawa ma’rifah an- Nafs itu akan menghubungkan kepada ma’rifah Allah dan dialah sumber kebahgiaan di dunia dan di akhirat ”.

Umat Islam kini amat kurang memberi penekanan ke arah menyuburkan dan menghiasi jiwa dengan makanan- makanan rohani sebagaimana dinyatakan oleh Hanan Ja’afar dalam makalahnya. : “ Kegiatan- kegiatan ke arah menyuburkan kesihatan jiwa jarang diberi perhatian yang serius apabila timbul sesuatu masalah berat yang memberi kesan kepada kehidupan. Kesilapan tanggapan ini disebabkan oleh wujudnya pemusatan kepentingan sehala ”.
Fenomena ini telah menyebabkan berlakunya ketempangan dalam pembentukan ahli- ahli masyarakat. Gejala ini wujud akibat daripada penumpuan yang berlebihan terhadap menyediakan keperluan- keperluan asasi untuk perkembangan jiwa. Hidup mereka lebih berkiblatkan materialisme, dan aspek inilah yang menentukan status insan penghuni dunia. Meeka lupa bahawa kebahagiaan itu adalah sesuatu yang tersembunyi, yang tidak kelihatan oleh mata kasar, bukan boleh ditimbang dengan neraca dan sukar untuk membelinya dengan wang ringgit. Kebahagiaan adalah sesuatu yang dirasa oleh manusia hasil dari ketenangan jiwa, berlapang dada serta ketenangan hati kecil. Ia lahir dari dalam diri manusia itu sendiri, bukan sesuatu barang yang boleh diimport dari luar. Kebahagiaan itu tempat tumbuhnya ialah jiwa.
RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina. Beliau dilahirkan pada tahun 370 H – 428 H bersamaan 980 M- 1037 M , bertempat di Isfahan berdekatan dengan Bukhara ( Turkistan ). Ayahnya bernama Abdullah berasal dari Baikh. Ibnu Sina adalah berdarah Parsi dan berkebudayaan Arab. Bapanya adalah seorang pegawai kerajaan. Ibnu Sina ialah seorang tokoh politik, perubatan, falsafah, fisilogi dan penyajak yang terkenal di dunia. Beliau terkenal sebagai ‘ Syeikh ul- Rais ’. (Pangeran Para Guru).
Pada masa kecil lagi, Ibnu Sina telah mempelajari bahasa Farsi dan Arab. Semasa berumur 10 tahun, beliau telah menghafal al- Qur’an dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur 16 tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal kerana dapat menyembuhkan sultan setelah doctor- doctor lain yang lebih berpengalaman gagal berbuat demikian. Ekoran daripada itu, beliau telah dilantik sebagai doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku.

Selama beberapa tahun, Ibnu Sina telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Transoxiana dan Iran sambil berkhidmat dengan pembesar- pembesar tempatan. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, dan sebagai ahli perubatan kepada pemerintah Shamsul al- Daulah di Hamedan. Walau bagaimanapun, kematian pemerintah tersebut telah mengakibatkan beliau dipenjarakan selama 4 bulan. Dalam tempoh tersebut, beliau telah menghasilkan 3 buah buku. Setelah dibebaskan, beliau telah kembali ke Isfahan untuk berkhidmat sebagai ahli perubatan kepada Ata’ al- Dawlah, sehingga beliau meniggala dunia ketika berusia 57 tahun. Makam beliau terletak di Hamedan.

Karyanya meliputi logik, mistik, perubatan, falsafah, politik kesusasteraan, matematik, astronomi dan muzik. Beliau merupakan seorang yang rajin menulis. Beliau mampu menulis 50 halaman sehari dan menyusun tidak kurang daripada 238 buku dan risalah. Antara karyanya ialah:
-Al- Qur’an Fit- Tib, tentang perubatan.
-Asy- syifa’ dan An- Najat, tentang Falsafah
-Al- Magest, tentang geometrid an ilmu hisab sebanyak 10 bab.
-Danish Namei’ Alai dan kitab Al- insaf serta karya- karya tentang kesusasteraan dan leksikografi.
-Nafiq, berkaitan logik yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan pada tahun 1658 M di Paris.
-Pembahagiaan Ilmu, tentang ilmu muzik.
-Karya astronomi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul De Conglutiatione Lapidum yang menghuraikan terciptanya gunung dan kerak bumi.
-Kitab As- Siasah mengandungi 3 unsur iaitu:
( a ) Pendidikan sebagai landasan utama bagi pembentukan peribadi masing- masing untuk menjadi warganegara.
( b ) Rumah tangga ( keluarga ) sebagai ikatan hidup yang pertama diteguhkan oleh manusia terdiri daripada lelaki ( suami ), wanita ( isteri ), anak- anak dan pembantu.
( c ) Politik Negara, yang menjadi warganegara harus menjunjung hukum yang satu dan pemerintah yang satu.

Rujukan : Abdul hamid, Irfan Abdul hamid, 1984, al- Falsafah al- Islamiah.
Ibnu Sina, 1025M, Mabhath a’n al- Qur’an Nafsaniah, al- Kaherah, h. 16, di ambil dari buku, Fathullah, Falasifah al- Islam.
Zainal Abidin Ahmad(1974), Negara Adil Makmur Menurut Ibnu Sina, Teori Kenegaraan dari Fisolof dan Doktor Islam Berkaliber.

IBNU SINA : PAKAR PERUBATAN & FALSAFAH ISLAM YANG TERULUNG


Sebelum kedatangan ilmu perubatan Muslim, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai dipraktikkan di Eropah. Sememangnya diakui oleh semua ahli Sejarah moden bahawa ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Muslim. Di Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17 M, ilmu perubatan Muslim telah dikaji dengan bersungguh- sungguh oleh penuntut- penuntut Eropah dan hanya pada abad ke- 19 M iaitu kira- kira seabad yang lalu, perubatan Muslim dihapuskan daripada kurikulum institusi pelajaran di sekolah- sekolah di Barat. Pada abad ke- 19 M, Eropah telah mula mengatakan bahawa Copernicus (meninggal pada 1543) sebagai tokoh pertama dalam lapangan Astronomi dan Paraceisus (meninggal pada 1541) tokoh dalam lapangan kedoktoran dan kimia.
Ibnu Sina mentakrifkan ilmu perubatan sebagai suatu bidang pengetahuan yang memperkenalkan tentang keadaan sakit dalam tubuh manusia, bermatlamat menggunakan cara- cara yang sesuai untuk mempertahan serta memulihkan kesihatan.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah menghasilkan 7 buah buku setahun. Oleh itu, sepanjang hayatnya beliau berjaya menulis sejumlah 456 buah buku. Bukunya yang termasyhur ialah Al- Qanun fi at- Tib atau Qanon of Medicine. Buku ini mengandungi satu juta perkataan dan dibahagikan kepada 5 jilid. Kandungan buku ini termasuklah asas- asas umum ilmu perubatan dan jenis- jenis ubatan dan disusun sebagai satu farmokepeia. Buku tersebut telah menjadi buku teks dan rujukan paling terkenal digunakan selama 6 abad di universiti- universiti Eropah.
Keagungan Ibnu Sina terus kekal sehingga abad ke- 17 M. Buku- buku Ibnu Sina menerangkan tentang gejala-gejala penyakit seperti diabetes, tetanus, perubahan sistem badan, fiosologi tidur, pengaruh iklim terhadap kesihatan dan penyakit. Beliau juga mengutarakan penyakit tibi boleh berjangkit melalui bawaan udara. Beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat yang dilengkapi dengan nama sebatian, penggunaan, cara penyediaan dan penyimpanan.
Ibnu Sina juga banyak menulis karya perubatan dalam bahasa Arab dan beberapa buah karya dalam bahasa Parsi.Beliau terkenal dengan asas- asas falsafah ilmiah perubatan serta kecenderungannya dalam menguasai cara rawatan yang menggunakan unsur-unsur pasikologi bagi merawat penyakit jasmani atau perubatan psikomatik.
Ketokohan Ibnu Sina dalam bidang perubatan sangat dikagumi oleh masyarakat Islam. Malah beliau tergolong sebagai ahli Falsafah seiring dengan kemasyhuran Al- Kindi, Al- Biruni, Al- Farabi dan Ibnu Rusd. Bagaimanapun, beliau merupakan orang yang paling masyhur antara mereka dan namanya cukup gah sama ada di Timur atau Barat. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan sekarang berasal daripada konsep- konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan mereka, perubatan moden hari ini tidak akan secanggih sekarang.

Rujukan :
Samsu Adabi Mamat, Wan Ramli Wan Muhamad, 2002, Cendekiawan Islam Perintis Peradaban Manusia.
Burhanuddin Yatim, Sulaiman Nordin (1997), Sains menurut Perspektif Islam.
Hassan Ahmad, 1985, Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan.

Sunday, April 5, 2009

Pengertian Jiwa Menurut Ibnu Sina


Ibnu Sina telah membahaskan al-nafs berdasarkan apa yang dikemukakan dari kitab Aristotle setelah beliau membuat analisa secara mendalam. Ekoran daripada usaha gigih ini, Ibnu Sina telah dapat memecahkan kebuntuan permasalahan ‘al-nafs’ berdasarkan gabungan yamg dibuat hasil pandangan Aristotle dan disesuaikan dengan roh Islam. Maka dengan itu beliau telah meberi satu definisinya terhadap ilmu ‘al-nafs’ tanpa disogok atau dipengaruhi oleh anasir-anasir tertentu.
Terdapat tiga definisi yang diutarakan oleh Ibnu Sina, seperti yang terdapat di dalam dalam al-syifa’ bahawa al-nafs adalah ‘jauhar’ yang berdiri dengan zatnya, tidak bersifat dengan sifat-sifat jisim atau jauhar yang mempunyai ketetapan pada zatnya, dan gambaran yang ditinjau ada hubunganya dengan jisim. Didalam ‘Isyarat’, beliau memberi definisi ‘al-nafs’ sebagai jauhar rohani yang berdiri dengan zatnya, iaitu sebagai sumber kekuatan pergerakan dan pengawasan terhadap tabiat badan atau sebagai jauhar yang menggerakkan bahgian bahagian badan.

Sebenarnya al-nafs tidak berhajat kepada jisim sebagaimana jisim berhajat kepada ‘al-nafs’ sebagai keperluan yang sempurna. Dalam hal ini Ibnu Sina telah menyatakan di dalam al-syifa’:
“Jisim amat memerlukan kepda jiwa sebagai keperluan yang sempurna, sedangkan jiwa tidak memrlukan sesuatu dari jisim, tanpa jiwa kewujudan jisim tidak akan bererti, jiwa tidak akan wujud tanpa jiwa kerana jiwa adalah sumner kehidupan serta pergerakan jisim, sebaliknya jiwa akan terus hidup walaupun terpisah dari jisim. Ini bukanlah bererti bahawa apabila jiwa terpisah dari jisim, rupa seseorang itu juga turut berubah, sedangkan ketika itu jiwa akan terpisah dan akan naik kea lam yang lebih tinggi seterusnya akan meneruskan kehidupan lebih baik dan bahagia. Maka wujudlah jiwa itu sebagai jauhar yang boleh berdiri dengan zatnya sendiri”.

Jelas bahawa jiwa menurut pandangan Ibnu Sina ialah jauhar rohani yang menjadi sumber kekuatan hidup elemen jisim. Kekuatan jisim ini adalah merangkumi segala segi kekuatan termasuklah kekuatan rasa pergerakan dan persepsinya. Jiwa adalah nadi kehidupan bagi elemen jisim.
Kedatangan Ibnu Sina telah merancakkan lagi perbahasan ini sehingga wujudlah apa yang diistilahkan dengan al-nafs itu dengan pengertiannya yang tersendiri. Ibnu Sina telah berbincang mengenai al-nafs dengan panjang lebar di dalam kitabnya yang mengandungi 30 risalah dan dibahagikan kepada beberapa fasal yang sempurna, seperti yang terdapat didalam bukunya ‘al-syifa’, ‘al-najat’, dan ‘Isyarat Wa Tanbihat’, termasuk nukilannya yang berbentuk syair iaitu antaranya, kisah ‘Hayy bin Yaqazan’ ‘Risalah al-Tair’ dan kisah ‘Salaman wa Absal’.
Menurut Ibnu Sina, untuk menyatakan kewujudan an-nafs perlulah dibuktikan secara jelas kerana kebenaran sesuatu itu tidak akan diterima selagi ia tidak dibuktikan dengan dalil-dalil yang munasabah. Ini dapat diperhatikan dalam risalah pertamanya, ‘Fi al-Quwwa al-Nafsiyyah’, di mana beliau menyatakan bahawa sesiapa yang menyifatkan sesuatu itu tanpa terlebih dahulu membawa dalil, maka kenyataan dan hujahnya tidak dapat diterima oleh ahli-ahli ilmu. Justeru itu, di dalam maslah al-nafs ini Ibnu Sina telah membawa dalil-dalil yang munasabah bagi membuktikannya secara keseluruhan.

Menurut Ibnu Sina, jisim-jisim yang mempunyai pancaindera, bergerak dengan iradah, bahkan jisim-jisim yang makan, melakukan proses pertumbuhan dan pembesar serta melahirkan zuriat, sedangkan perkara tersebut bukanlah dilakukan oleh jisim-jisim tetapi berpijak kepada satu asas yang menjadi sebab kepada pergerakan tersebut, maka inilah yang dinamakan ‘al-nafs’ atau kekuatan jiwa.
Pengaruh persepsi pula ialah sesuatu yang menyusuli perbuatan jiwa dan perasaan atau gerak hati. Ia berdiri atas ketetapan wujudnya jiwa dan hasil tindak balas yang diterima dari pancaindera lahir dan batin. Hasilnya apa yang dilihat dari pandangan mata kasar dan tingkah laku jisim seperti ketawa, menangis, suka duka, malu dan sebagainya bukanlah lahir dari jisim tetapi merupakan tindak balas yang terpancar dari roh kejiwaan.

Pembahagian Jiwa Menurut Ibnu Sina


Ibnu Sina telah mengembangkan teori jiwa yang dikemukakan oleh ‘Al- Farabi’ dengan istilah lebih tersusun dan memuaskan. Ada 3 bahagian jiwa yang disenaraikan oleh Ibnu Sina iaitu :
-Jiwa Tumbuh-tumbuhan
-Jiwa Haiwan
-Jiwa Manusia
Tiap-tiap kejadian ini mempunyai daya kekuatan jiwa yang tersendiri yang akan dibincangkan di bawah bahagian-bahagian tersebut.

a. Jiwa Tumbuhan
Ia merupakan penyempurnaan pertama kepada jisim tabi’i yang lengkap dari sudut melahirkan baka, memelihara dan pemakanan. Ibnu Sina telah membahagikan kepada 3 kekuatan iaitu :

· Kekuatan Nutrisi (Al-Qhadiyyah) ialah kekuatan menempatkan jisim yang lain ke dalam jisim yang sama yang ada padanya supaya ia dapat berdamping mengambil apa yang diterima daripadanya. Ia merupakan proses pemakanan yang berlaku dalam tumbuh-tumbuhan.
· Kekuatan Penumbuh (Al-Mutmiyyah), ialah kekuatan menambah kekuatan jisim sehingga berlaku perubahan pada jisim seperti panjang, lebar, datar dan dalam, sesuai dengan kadar keupayaan meneriam kesempurnaan.
· Kekuatan Generatif (Al-Maulidah) ialah kekuatan melahirkan baka dari bahagian-bahagian jisim yang sama iaitu yang dapat mengembangkan jisim-jisim yang lain yang sama dari segi penciptaan dan tabiat semulajadi.


b. Jiwa Haiwan
Ia merupakan penyempurnaan pertama kepada jisim tabi’i yang lengkap dari sudut apa tang difahami dari juzuk-juzuk pergerakannya itu adalah dengan iradah. Jiwa haiwan terbahagi kepada dua bahagian :
· Pergerakan - terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
I. Pergerakan yang timbul dari dorongan (impulse) dan pergerakan yang timbul dari kecergasan (perceptive). Kekuatan yang timbal dari dorongan ini ialah kekuatan kecenderungan dan keinginan yang terlukis di dalam khayalan suatu gambaran yang diingini ataupun yang tidak. Kecenderungan dan keinginan yang terlukis di dalam khayalan suatu gambaran yang diingini ataupun yang ditakuti, maka kekuatan inilah yang menggerakkannya samada mencari perlindungan atau sebagainya. Ia terdapat dalam 2 bentuk iaitu kekuatan syahwat dan marah. Kekuatan syahwat ini menimbulkan keinginan untuk bersuka ria, manakala kekuatan marah pula membangkitkan keinginan untuk menguasai.
II. Sementara kecergasan merupakan kekuatan yang terhasil di dalam urat saraf dan ketulan-ketulan daging dan menaikkan ketegangannya dari sendi-sendi yang menghubungkan anggota-anggota.

· Tanggapan atau kefahaman – terbahagi kepada 2 bahagian iaitu luaran (external sense) dan dalaman ( internal sense) :
I. Kekuatan luaran terdiri daripada 5 pancaindera (melihat, mendengar, merasa, sentuahan dan bau), mempunyai 4 kuasa iaitu dapat membezakan antara panas dan sejuk, kering dan basah, keras dan lembut serta kesat dan licin.
II. Sementara kuasa dalaman pula ialah keinginan yang digambarkan di dalam perasaan.

c. Jiwa Manusia
Jiwa manusia adalah penyempuranaan jisim tabi’i aa’li dari sudut melakukan perbuatan-perbuatan hidup dengan usaha pemikiran dan membuat kesimpulan dengan pendapatnya. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:
· Kekuatan ‘amilah’ iaitu permulaan pergerakan bagi badan manusia yang melibatkan perbuatan-perbuatan juzuk yang khusus bergantung kepada kekuatan ‘‘nuzu’iyyah’’, kekuatan ‘mukhayyilah’ dan kekuatan ‘al-aql-nazari.
· Kekutan alimah pula ialah kekuatan memerhati gambaran-gambaran kulli yang sunyi daripada maddah. Kekuatan inilah yang menghasilkan makrifah dan ia mengandungi beberapa susunan iaitu:
I. Akal Potensi (phissance absolue material)
II. Akal Bakat ( intelligence habitude)
III. Akal Perbuatan (intelligence en acte)
IV. Akal yang Mengambil Manfaat ( intelligence acquise)
V. Khas untuk para nabi.

Menurut Ibnu Sina ‘ Akal yang Mengambil Manfa'at (Mustafad) merupakan darjat yang paling tinggi yang dapat di capai oleh manusia.

Menilai kembali kejadian jiwa samada jiwa tumbuhan, haiwan mahupun jiwa manusia, maka di sana dapatlah difahami bahawa kejadian jiwa di kalangan manusia adalah sesuatu yang unik. Ingin menjadi satu gejala yang boleh berpisah den berdikari tanpa jasad. Oleh kerana kewujudannya yang tersendiri, maka jiwa tidak menerima mati sepertimana yang dialami oleh jasad.
Jiwa haiwan dan tumbuh-tumbuhannya pula kehidupannya adalah untuk kepentingan kehidupan jasad manusia. Dengan adanya kedua unsur ini lah yang telah membolehkan jasad manusia terasa hidup buat sementara waktu sebelum mati. Jiwa haiwan dan tumbuhan tidak seperti jiwa manusia akan tamat serentak dengan kemusnahan jasad haiwan dan tumbuhan. Kekekalan jiwa manusia dan kebinasaannya ini telah menyebabkan kebangkitan di hari Qiamat kelak hanya berbentuk jiwa bukan jasad menurut Ibn Sina.

Rujukan : Muhammad ‘Utsman Najati (2002), Ibnu Sina; Jiwa dalam Pandangan Para Filosof.
Fauziah Harun. (1991) Konsep an Nafs menurut Ibnu Sina, Latihan Ilmiah.

Tabiat Jiwa Menurut Ibnu Sina

Menurut Ibnu Sina, jiwa (al-nafs) ini mempunyai keistimewaannya terdiri yang berperanan terhadap tindak tanduk jisim. Ini kerana jisim amat memerlukan kepada jiwa sebagai sumber kehidupan. Kejadian jisim tidak akan memberi erti jika ia tidak dilengkapi dengan jiwa kerana antara perana jiwa ialah sebagai tempat lahir perasaan pergerakan dan persepsi.
Berbeza dengan jisim jiwa akan terus hidup meskipun terpisah dari jisim kerana ia merupakan jauhar yang terdiri dengan zatnya bukan dengan sifat jisim, sepertimana yang dijelaskan oleh Ibnu Sina dalam ‘al-syifa’. Bukanlah wujud al-nafs itu pada jisim seperti wujudnya sifat pada jisim. Berdasarkan hakikat ini. Jiwa bersifat kekal, kerosakan sesuatu jisim tidak akan mempengaruhi kekalan jiwa. Ini adalah kerana hubungan yang wujud antara jiwa dan jisim hanyalah hubungan tadbir, tingkah laku dan ketuanan memandangkan elemen jiwa lebih kuat daripada elemen jisim.
Setelah jsim mati, jiwa akan naik bertemu dengan Tuhannya berdasarkan kesesuaian firman Allah swt:
Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-ku”

Menurut Ibnu Sina, jiwa itu merupakan jauhar yang ringkas, suci dari maddah, di mana ia tidak menepati ruang serta tidak terbatas dengan masa ataupun tempat, maka dengan sebab itu, jiwa tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah jauhar rohani dan bukan bersifat seperti jisim. Jiwa juga bukanlah tercipta mendahului badan tetapi akan tercipta serentak dengan kejadian badan. Ini menunjukkan jiwa itu bukan bersifat qadim tetapi baharu.
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa jasad akan mula lemah apabila mencapai umur sekitar 40-an atau kurang daripada itu, tetapi kekuatan akal akan menjadi sebaliknya, lebih kuat selepas had umur tersebut. Sekiranya jiwa tunduk kepada jasad pasti jiwa akan turut dipengaruhi kelemahan jasad.
Jiwa juga turut disifatkan sebagai limpahan daripada alam roh yang datang dari satu sempat tinggi yang mulia ataupun limpahan (intelligence active). Kenyataan ini telah dirakamkan oleh Ibnu Sina dalam qasidahnya.

Tabiat Masyarakat Manusia

Ibnu Sina terlebih dahulu menjelaskan beberapa fakta tentang hakikat tabiat manusia. Ini penting terutama dalam usaha memahami latar belakang sasaran, iaitu manusia sendiri. Perkara pertama yang dinyatakan oleh Ibnu Sina ialah berkaitan perbezaan sesama manusia dalam pelbagai aspek termasuk manusia dalam pelbagai aspek termasuk akal, pandangan dan sikap terhadap sesuatu, pemilikan, kedudukan dan status. Kepelbagaian ini menurut beliau adalah suatu rahmat dari Allah kerana jika manusia Hakikat ini juga dapat dikaitkan dengan hadis Nabi s.a.w yang menegaskan bahawa ‘ikhtilaf umat itu rahmah’ kerana perbezaan yang sedia wujud di kalangan manusia ini jika ditangani denagn bijaksana akan membawa kapada suatu suasana yang harmoni dan sihat.
Perkara kedua yang ditegaskan oleh Ibnu Sina ialah tentang peripenting urusan mentadbir atau siyasah ini bagi segenap anggota masyarakat. Beliau turuta menegaskan bahawa tahap kualiti pentadbiran yang sama diperlukan atau sepatutnya dimiliki oleh setiap pentadbiran yang sama diperlukan atau sepatutnya dimiliki oleh setiap pentadbir di atas walaupun mungkin dari aspek kuantiti dan fokus pentadbiran yang berbeza. Secara dasarnya kenyataan bahawa setiap individu manusia memikul tanggungjawab mentadbir adalah suatu yang umum difahami dalam Islam kerana setiap individu umat Islam adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan nafsu, maka setiap individu manusia terpaksa menempuh cabaran yang sama dalam menghadapi diri sendiri. Oleh yang demikian, dia mestilah serius dalam mengendalikan kecenderungan diri dan nafsunya agar terkawal dan dengan itu tidak memberi impak yang negatif ke atas aktiviti pentadbirannya yang lain. Ini menggambarkan bahawa Ibnu Sina mengimpikan agar setiap individu Muslim sebagai seorang yang baik dan cemerlang sebelum ia baik dan cemerlang dalam kerja dan aktivitinya yang melibatkan pihak lain.

DALIL....?? Manusia Menut\rut Ibnu Sina...


Dalil Penerusan Atau Kelangsungan
Melalui dalil ini, Ibnu Sina berpendapat bahawa keadaan sifat manusia akan berubah secara berterusan sama ada pada masa yang lepas, sekarang mahupun masa akan datang. Beliau berkata:
“Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal, pada diri kamu hari ini apa yang berlaku sepanjang umur kamu, sehingga kamu dapat mengingati banyak daripada apa yang kamu telah berlaku sekitarnya, maka kamu akan dapati ketetapan itu berterusan, sedangkan badan kamu dan bahagian-bahagiannya berlaku sebaliknya bahkan ia akan layu dan hilang. Oleh yang demikian manusia berhajat kepada pemakanan untuk menyegarkan badannya. Maka jika manusia mengurangkan pemgambilan makanan dalam tempoh yang pendek, berat badannya pasti menurun ¼ , sesungguhnya jika keadaan ini dibiarkan berterusan selama 20 tahun, maka kamu dapati dalam diri kamu tidak ada sesuatu pun dari bahagian badan kamu sedangkan zat kamu terus kekal dalam tempoh tersebut bahkan seluruh umur kamu, jadi zat kamu telah bertukar dari badan kamu dan bahagian-bahagiannya dari zahir dan batin”.
Dari sini jelas bahawa kelakuan seseorang pada masa lepas akan terbawa-bawa hingga ke masa sekarang dan masa akan datang. Inilah dikatakan kehidupan roh kita yang telah ditetapkan sejak sekian lagi. Jika kehidupan ini bergerak dan berubah, maka sesungguhnya ia bergerak pada pangkalnya (permulaan) dan berubah pada ketetapannya. Ini bukanlah suatu ikutan atau tautan tetapi adalah limpahan jiwa yang satu dan daya tarikan tertentu.


Dalil Aku Dan Gejala Kejiwaan
Dalil ini memerlukan perhatian kepada kelakuan manusia. Apabila mereka berbicara mengenai sesorang atau bercakap mengenai sesuati perkara, maka mereka telah berbicara mengenai jiwa (al-nafs) bukan mengenai jisim. Ini bermakna apabila dikatakan ‘aku keluar atau aku tidur’, sebenarnya nia tidak sahaja terlintas dengan pergerakan kaki atau kerlipan mata tetapi pada hakikatnya melibatkan keselurhan dirinya.

Dalam hal ini Ibnu Sina telah menggunakan sighahnya bagi menggambarkan tentang penelitian ini dengan katanya:
“Sesungguhnya manusia apabila bertungkus lumus menguruskan sesuatu perkara, maka ia telah menghadirkan zatnya, sehingga ia berkata aku lakukan ini. Di dalam hal seperti ini ia telah lupa bahawa yang melakukannya ialah seluruh juzu’ badannya, pada hal ia hanya mengakui dengan perbuatan sahaja tidak temasuk seluruh juzu’ badan, maka zat manusia berubah dari badan.”
Dari sini Dr Madkur berpendapat bahawa setiap tindakan adalah didorong oleh kepentingan diri sendiri (egoism). Menurut Ibnu Sina ‘egoism’ bukan merujuk kepada jisim serta gejalanya, tetapi adalah dimaksudkan dengan jiwa dan kekuatan. Hasilnya, Deccart telah membezakan antara jisim dan an-nafs di dalam tulisannay yang masyur ‘Cogito’ dengan katanya: ‘saya berfikir, maka saya wujud’ (I think, therefore, I am). Ringkasannya dalil ini dnegan jelas membuktikan wujudnya jiwa dengan wujudnya jisim-jisim tabi’i kerana pergerakan jisim bergantung kepada kekuatan jiwa.


Dalil Orang Terbang Atau Terawang-Awangan Di Udara
Secara ringkasnya dalil ini mengatakan bahawa sekiranya manusia terpisah dengan jiwanya dari segala hubunganya dengan persekitaran luaran dan kembali kepada hakikat zatnya, maka sesungguhnya ia dapat menyangka dirinya bukan jisim dan juga bukan hal sesuatu yang ada pada jisim, tetapi ia adalah zat rohani yang dapt difahami jiwanya. Ia dapat diperhatikan di dalam perumpamaan yang dibuat oleh ibnu sina terhadap persekitarn yang dialami oleh seseorang yang berada di ruang kosong dengan ditutp penglihatannya sehingga ia dapat memahami hakikat zatnya.