Sunday, April 5, 2009

Pengertian Jiwa Menurut Ibnu Sina


Ibnu Sina telah membahaskan al-nafs berdasarkan apa yang dikemukakan dari kitab Aristotle setelah beliau membuat analisa secara mendalam. Ekoran daripada usaha gigih ini, Ibnu Sina telah dapat memecahkan kebuntuan permasalahan ‘al-nafs’ berdasarkan gabungan yamg dibuat hasil pandangan Aristotle dan disesuaikan dengan roh Islam. Maka dengan itu beliau telah meberi satu definisinya terhadap ilmu ‘al-nafs’ tanpa disogok atau dipengaruhi oleh anasir-anasir tertentu.
Terdapat tiga definisi yang diutarakan oleh Ibnu Sina, seperti yang terdapat di dalam dalam al-syifa’ bahawa al-nafs adalah ‘jauhar’ yang berdiri dengan zatnya, tidak bersifat dengan sifat-sifat jisim atau jauhar yang mempunyai ketetapan pada zatnya, dan gambaran yang ditinjau ada hubunganya dengan jisim. Didalam ‘Isyarat’, beliau memberi definisi ‘al-nafs’ sebagai jauhar rohani yang berdiri dengan zatnya, iaitu sebagai sumber kekuatan pergerakan dan pengawasan terhadap tabiat badan atau sebagai jauhar yang menggerakkan bahgian bahagian badan.

Sebenarnya al-nafs tidak berhajat kepada jisim sebagaimana jisim berhajat kepada ‘al-nafs’ sebagai keperluan yang sempurna. Dalam hal ini Ibnu Sina telah menyatakan di dalam al-syifa’:
“Jisim amat memerlukan kepda jiwa sebagai keperluan yang sempurna, sedangkan jiwa tidak memrlukan sesuatu dari jisim, tanpa jiwa kewujudan jisim tidak akan bererti, jiwa tidak akan wujud tanpa jiwa kerana jiwa adalah sumner kehidupan serta pergerakan jisim, sebaliknya jiwa akan terus hidup walaupun terpisah dari jisim. Ini bukanlah bererti bahawa apabila jiwa terpisah dari jisim, rupa seseorang itu juga turut berubah, sedangkan ketika itu jiwa akan terpisah dan akan naik kea lam yang lebih tinggi seterusnya akan meneruskan kehidupan lebih baik dan bahagia. Maka wujudlah jiwa itu sebagai jauhar yang boleh berdiri dengan zatnya sendiri”.

Jelas bahawa jiwa menurut pandangan Ibnu Sina ialah jauhar rohani yang menjadi sumber kekuatan hidup elemen jisim. Kekuatan jisim ini adalah merangkumi segala segi kekuatan termasuklah kekuatan rasa pergerakan dan persepsinya. Jiwa adalah nadi kehidupan bagi elemen jisim.
Kedatangan Ibnu Sina telah merancakkan lagi perbahasan ini sehingga wujudlah apa yang diistilahkan dengan al-nafs itu dengan pengertiannya yang tersendiri. Ibnu Sina telah berbincang mengenai al-nafs dengan panjang lebar di dalam kitabnya yang mengandungi 30 risalah dan dibahagikan kepada beberapa fasal yang sempurna, seperti yang terdapat didalam bukunya ‘al-syifa’, ‘al-najat’, dan ‘Isyarat Wa Tanbihat’, termasuk nukilannya yang berbentuk syair iaitu antaranya, kisah ‘Hayy bin Yaqazan’ ‘Risalah al-Tair’ dan kisah ‘Salaman wa Absal’.
Menurut Ibnu Sina, untuk menyatakan kewujudan an-nafs perlulah dibuktikan secara jelas kerana kebenaran sesuatu itu tidak akan diterima selagi ia tidak dibuktikan dengan dalil-dalil yang munasabah. Ini dapat diperhatikan dalam risalah pertamanya, ‘Fi al-Quwwa al-Nafsiyyah’, di mana beliau menyatakan bahawa sesiapa yang menyifatkan sesuatu itu tanpa terlebih dahulu membawa dalil, maka kenyataan dan hujahnya tidak dapat diterima oleh ahli-ahli ilmu. Justeru itu, di dalam maslah al-nafs ini Ibnu Sina telah membawa dalil-dalil yang munasabah bagi membuktikannya secara keseluruhan.

Menurut Ibnu Sina, jisim-jisim yang mempunyai pancaindera, bergerak dengan iradah, bahkan jisim-jisim yang makan, melakukan proses pertumbuhan dan pembesar serta melahirkan zuriat, sedangkan perkara tersebut bukanlah dilakukan oleh jisim-jisim tetapi berpijak kepada satu asas yang menjadi sebab kepada pergerakan tersebut, maka inilah yang dinamakan ‘al-nafs’ atau kekuatan jiwa.
Pengaruh persepsi pula ialah sesuatu yang menyusuli perbuatan jiwa dan perasaan atau gerak hati. Ia berdiri atas ketetapan wujudnya jiwa dan hasil tindak balas yang diterima dari pancaindera lahir dan batin. Hasilnya apa yang dilihat dari pandangan mata kasar dan tingkah laku jisim seperti ketawa, menangis, suka duka, malu dan sebagainya bukanlah lahir dari jisim tetapi merupakan tindak balas yang terpancar dari roh kejiwaan.

No comments:

Post a Comment