Sunday, April 5, 2009

Tabiat Masyarakat Manusia

Ibnu Sina terlebih dahulu menjelaskan beberapa fakta tentang hakikat tabiat manusia. Ini penting terutama dalam usaha memahami latar belakang sasaran, iaitu manusia sendiri. Perkara pertama yang dinyatakan oleh Ibnu Sina ialah berkaitan perbezaan sesama manusia dalam pelbagai aspek termasuk manusia dalam pelbagai aspek termasuk akal, pandangan dan sikap terhadap sesuatu, pemilikan, kedudukan dan status. Kepelbagaian ini menurut beliau adalah suatu rahmat dari Allah kerana jika manusia Hakikat ini juga dapat dikaitkan dengan hadis Nabi s.a.w yang menegaskan bahawa ‘ikhtilaf umat itu rahmah’ kerana perbezaan yang sedia wujud di kalangan manusia ini jika ditangani denagn bijaksana akan membawa kapada suatu suasana yang harmoni dan sihat.
Perkara kedua yang ditegaskan oleh Ibnu Sina ialah tentang peripenting urusan mentadbir atau siyasah ini bagi segenap anggota masyarakat. Beliau turuta menegaskan bahawa tahap kualiti pentadbiran yang sama diperlukan atau sepatutnya dimiliki oleh setiap pentadbiran yang sama diperlukan atau sepatutnya dimiliki oleh setiap pentadbir di atas walaupun mungkin dari aspek kuantiti dan fokus pentadbiran yang berbeza. Secara dasarnya kenyataan bahawa setiap individu manusia memikul tanggungjawab mentadbir adalah suatu yang umum difahami dalam Islam kerana setiap individu umat Islam adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan nafsu, maka setiap individu manusia terpaksa menempuh cabaran yang sama dalam menghadapi diri sendiri. Oleh yang demikian, dia mestilah serius dalam mengendalikan kecenderungan diri dan nafsunya agar terkawal dan dengan itu tidak memberi impak yang negatif ke atas aktiviti pentadbirannya yang lain. Ini menggambarkan bahawa Ibnu Sina mengimpikan agar setiap individu Muslim sebagai seorang yang baik dan cemerlang sebelum ia baik dan cemerlang dalam kerja dan aktivitinya yang melibatkan pihak lain.

No comments:

Post a Comment