Monday, April 6, 2009

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

Pendahuluan
Permasalahan an- Nafs mengambil tempat yang begitu penting di dalam ilmu falsafah dan dikalangan ahlinya. Ia telah dibahas sejak zaman Greek lagi oleh ahli Falsafah seperti Aflatun dan Aristotle yang amat di kagumi sehingga kini. Ia merupakan satu cabang dari perbahasan ilmu falsafah dan kedatangan Ibnu Sina telah menjadikan ilmu ini berdiri sendiri serta dikenali engan ilmu psikologi.

Walau bagaimanapun, ahli Salaf menegah dan tidak menta’wilkan ayat- ayat mengenai jiwa atau ruh yang berhubungan dengan tabiat nafs insan secara mendalam berdasarkan di dalamnya terdapat suatu rahsia yang tak mungkin boleh disingkap oleh akal manusia secara hakiki.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang. Katakanlah : “ Roh itu termasuk urusan Tuhan- Ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit ” .
Jiwa atau an- Nafs adalah inti kepada kehidupan kerana hidup amat memerlukan kepada jiwa. Tidak ada hidup tanpa jiwa, tetapi jiwa boleh berdiri sendiri bahkan akan kekal walaupun jasad telah terkubur. Jiwa jugalah tempat tumbuhnya kebahagiaan sebagaimana kata Ibnu Sina: “ Bahawa ma’rifah an- Nafs itu akan menghubungkan kepada ma’rifah Allah dan dialah sumber kebahgiaan di dunia dan di akhirat ”.

Umat Islam kini amat kurang memberi penekanan ke arah menyuburkan dan menghiasi jiwa dengan makanan- makanan rohani sebagaimana dinyatakan oleh Hanan Ja’afar dalam makalahnya. : “ Kegiatan- kegiatan ke arah menyuburkan kesihatan jiwa jarang diberi perhatian yang serius apabila timbul sesuatu masalah berat yang memberi kesan kepada kehidupan. Kesilapan tanggapan ini disebabkan oleh wujudnya pemusatan kepentingan sehala ”.
Fenomena ini telah menyebabkan berlakunya ketempangan dalam pembentukan ahli- ahli masyarakat. Gejala ini wujud akibat daripada penumpuan yang berlebihan terhadap menyediakan keperluan- keperluan asasi untuk perkembangan jiwa. Hidup mereka lebih berkiblatkan materialisme, dan aspek inilah yang menentukan status insan penghuni dunia. Meeka lupa bahawa kebahagiaan itu adalah sesuatu yang tersembunyi, yang tidak kelihatan oleh mata kasar, bukan boleh ditimbang dengan neraca dan sukar untuk membelinya dengan wang ringgit. Kebahagiaan adalah sesuatu yang dirasa oleh manusia hasil dari ketenangan jiwa, berlapang dada serta ketenangan hati kecil. Ia lahir dari dalam diri manusia itu sendiri, bukan sesuatu barang yang boleh diimport dari luar. Kebahagiaan itu tempat tumbuhnya ialah jiwa.
RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina. Beliau dilahirkan pada tahun 370 H – 428 H bersamaan 980 M- 1037 M , bertempat di Isfahan berdekatan dengan Bukhara ( Turkistan ). Ayahnya bernama Abdullah berasal dari Baikh. Ibnu Sina adalah berdarah Parsi dan berkebudayaan Arab. Bapanya adalah seorang pegawai kerajaan. Ibnu Sina ialah seorang tokoh politik, perubatan, falsafah, fisilogi dan penyajak yang terkenal di dunia. Beliau terkenal sebagai ‘ Syeikh ul- Rais ’. (Pangeran Para Guru).
Pada masa kecil lagi, Ibnu Sina telah mempelajari bahasa Farsi dan Arab. Semasa berumur 10 tahun, beliau telah menghafal al- Qur’an dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur 16 tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal kerana dapat menyembuhkan sultan setelah doctor- doctor lain yang lebih berpengalaman gagal berbuat demikian. Ekoran daripada itu, beliau telah dilantik sebagai doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku.

Selama beberapa tahun, Ibnu Sina telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Transoxiana dan Iran sambil berkhidmat dengan pembesar- pembesar tempatan. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, dan sebagai ahli perubatan kepada pemerintah Shamsul al- Daulah di Hamedan. Walau bagaimanapun, kematian pemerintah tersebut telah mengakibatkan beliau dipenjarakan selama 4 bulan. Dalam tempoh tersebut, beliau telah menghasilkan 3 buah buku. Setelah dibebaskan, beliau telah kembali ke Isfahan untuk berkhidmat sebagai ahli perubatan kepada Ata’ al- Dawlah, sehingga beliau meniggala dunia ketika berusia 57 tahun. Makam beliau terletak di Hamedan.

Karyanya meliputi logik, mistik, perubatan, falsafah, politik kesusasteraan, matematik, astronomi dan muzik. Beliau merupakan seorang yang rajin menulis. Beliau mampu menulis 50 halaman sehari dan menyusun tidak kurang daripada 238 buku dan risalah. Antara karyanya ialah:
-Al- Qur’an Fit- Tib, tentang perubatan.
-Asy- syifa’ dan An- Najat, tentang Falsafah
-Al- Magest, tentang geometrid an ilmu hisab sebanyak 10 bab.
-Danish Namei’ Alai dan kitab Al- insaf serta karya- karya tentang kesusasteraan dan leksikografi.
-Nafiq, berkaitan logik yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan pada tahun 1658 M di Paris.
-Pembahagiaan Ilmu, tentang ilmu muzik.
-Karya astronomi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul De Conglutiatione Lapidum yang menghuraikan terciptanya gunung dan kerak bumi.
-Kitab As- Siasah mengandungi 3 unsur iaitu:
( a ) Pendidikan sebagai landasan utama bagi pembentukan peribadi masing- masing untuk menjadi warganegara.
( b ) Rumah tangga ( keluarga ) sebagai ikatan hidup yang pertama diteguhkan oleh manusia terdiri daripada lelaki ( suami ), wanita ( isteri ), anak- anak dan pembantu.
( c ) Politik Negara, yang menjadi warganegara harus menjunjung hukum yang satu dan pemerintah yang satu.

Rujukan : Abdul hamid, Irfan Abdul hamid, 1984, al- Falsafah al- Islamiah.
Ibnu Sina, 1025M, Mabhath a’n al- Qur’an Nafsaniah, al- Kaherah, h. 16, di ambil dari buku, Fathullah, Falasifah al- Islam.
Zainal Abidin Ahmad(1974), Negara Adil Makmur Menurut Ibnu Sina, Teori Kenegaraan dari Fisolof dan Doktor Islam Berkaliber.

No comments:

Post a Comment